web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembelajaran Bersemuka, Ibu Bapa Dibenar Tidak Hantar Anak Bersekolah - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2021 5:56PM

Ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah kerana bimbangkan ancaman COVID, tidak dianggap sebagai kesalahan disiplin dan tiada surat amaran akan dikeluarkan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa atau penjaga boleh memilih sama ada mahu menghantar anak ke sekolah atau tidak, sebaik sesi persekolahan secara bersemuka 3 Oktober depan.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, taklimat pengoperasian sekolah petang tadi menyatakan bahawa, ibu bapa yang enggan menghantar anak ke sekolah kerana bimbang dengan penularan virus COVID-19 tidak dianggap satu kesalahan disiplin.

Menurut beliau, mereka hanya perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod kedatangan.

"Perkara itu akan diguna pakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini," katanya dalam satu sidang media yang turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Kementerian Pendidikan.

Mohd Radzi memberitahu, pembukaan semula sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan.

“Kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan, bagi mengurangkan bilangan pelajar di dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.

“Langkah tersebut adalah bagi memastikan murid mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penggal sekolah bagi tahun ini  akan dilanjutkan sehingga Mac 2022, apabila banyak jadual terpaksa dirombak akibat terjejas dengan pandemik COVID-19.

"Anak-anak kita akan kekal dalam kelas masing-masing seperti mana pada hari ini untuk bulan Januari dan Februari 2022, sebelum naik ke kelas (darjah) berikutnya pada Mac 2022," katanya.

Setiap kelas jelasnya lagi, perlu memiliki pengudaraan baik dan menggalakkan penggunaan kipas.

“Semua murid serta tenaga pengajar diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan persekolahan dan pemakaian pelitup muka berganda sangat digalakkan.

“Bagi waktu rehat pula, semua murid diminta makan di dalam kelas dengan seliaan guru. Namun bagi kelas yang menggunakan penyaman udara, murid hanya dibenarkan makan di ruang terbuka, juga bawah kawalan tenaga pengajar," katanya.

Mohd Radzi menegaskan, ujian saringan COVID-19 akan dilaksanakan sekiranya ada murid yang didapati bergejala ketika berada di sekolah.

“Bagi pengurusan asrama, setiap pelajar akan diminta melakukan ujian kendiri COVID-19 sebanyak 3 kali, iaitu semasa pendaftaran masuk, hari ke enam dan hari ke-14,” jelasnya.

Pengurusan sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 jelas beliau, wajib dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan sisitem aplikasi data COVID-19.

“Pihak PKD selepas itu akan membuat penilaian  risiko bagi menentukan tindakan seterusnya,” katanya. - Getaran, 12 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia