web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gara-Gara Pemutar Skru, Lelaki Dibunuh Rakan Sekampung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 7:12PM

Mohd Farhan Lee Abdullah - Gambar kredit Utusan Borneo Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Hanya kerana meminta semula pemutar skru miliknya, seorang lelaki ditemui mati, dipercayai akibat dibunuh di perairan Pulau Bohey Dulang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam jam 4.42 petang itu, Tendang Sampulatik, 40, ditemui dalam keadaan tertiarap di pesisir pantai pulau berkenaan dengan kesan luka di beberapa anggota badan, termasuk leher dan kepala.

Terdahulu, mangsa bersama isteri, ibu mertua dan anaknya yang berusia dua tahun sedang memancing di perairan Labuan Haji, jam 7 malam, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiga lelaki yang juga tinggal sekampung dengan mangsa secara tiba-tiba merempuh bot keluarga berkenaan menyebabka lelaki itu terjatuh ke dalam laut.

Suspek kemudian bertindak memukul mangsa sebelum menariknya menaiki bot mereka dan melarikan diri.

Bagaimanapun, isteri mangsa hanya membuat laporan polis jam 11.15 pagi semalam, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hampir dua hari.

Kejadian dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati, apabila mangsa meminta semula pemutar skru yang dipinjam seorang daripada suspek.

Suspek dikatakan enggan memulangkan pemutar skru tersebut dengan alasan belum selesai digunakan, menyebabkan dia dimarahi mangsa sebelum berlaku pergaduhan.

Akibat kejadian itu, suspek bersama dua lagi keluarga bertindak melanggar perahu mangsa dan melarikan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa.

"Polis kini sedang memburu tiga suspek berkenaan yang berusia 40 hingga 50 tahun, dipercayai telah melarikan diri Selatan Filipina.

"Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Pada masa sama, Farhan menegaskan kes tersebut bukan berkaitan penculikan untuk mengutip wang tebusan atau aktiviti kumpulan penjenayah rentas sempadan. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia