web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru Enggan Ambil Vaksin, Bentuk Tindakan Sedang Dibincang - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 7:13PM

Dr Mohd Radzi Md Jidin bercakap pada sidang media mengenai pengoperasian sekolah di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melakukan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memutuskan bentuk tindakan ke atas sekitar 2,500 warga pendidik di seluruh negara yang enggan divaksin.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementerian juga sedang berusaha menggalakkan golongan terbabit mendapatkan dos masing-masing dengan segera dan mereka akan dihalang daripada mengajar secara bersemuka buat masa ini jika enggan berbuat demikian.

Katanya, kementerian merekodkan sejumlah 2,500 tenaga pengajar yang enggan divaksin dan sedang berusaha mengagihkan tugasan menerusi program pembelajaran dari rumah.

“Mereka tetap akan diberikan tugasan walaupun bukan secara bersemuka," katanya selepas taklimat pengoperasian sekolah petang tadi.

Menurut beliau, kumpulan guru yang belum divaksin itu dikelaskan kepada dua kategori, iaitu belum disuntik atas faktor kesihatan dan enggan menerima atas pilihan sendiri.

“Kumpulan pertama memang masih belum terima vaksin atas sebab kesihatan yang dinasihatkan oleh doktor, manakala  satu lagi mereka yang sukarela memilih untuk tidak divaksinkan,” katanya lagi.

Mohd Radzi sebelum ini memaklumkan,  96.7 peratus guru di seluruh Malaysia telah menerima vaksin dos pertama manakala 85.26 peratus lagi sudah melengkapkan kesemua dos masing-masing.

Kalangan pekerja perkhidmatan sokongan melibatkan pengusaha kantin, pekerja pembersihan dan keselamatan pula, 89.35 peratus telah menerima suntikan vaksin dos pertama, manakala 73.1 peratus lagi lengkap dos kedua. - Getaran, 12 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia