web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sijil Vaksin Luar Negara Perlu Disahkan PKD - Dr Adham Baba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 8:43PM

Dr. Adham Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Semua rakyat Malaysia yang mengambil vaksin COVID-19 di luar negara wajib mengesahkan sijil antarabangsa mereka di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wujud kekeliruaan apabila golongan terbabit menyangka mereka hanya perlu mengemas kini sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera, tanpa perlu mendapat pengesahan PKD.

Menurut beliau, sijil vaksin dikeluarkan negara lain memiliki perincian berbeza, justeru ia perlu dilaporkan di PKD terlebih dahulu.

“Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara mereka ada isu sebab sijil vaksin tak sama dengan kita. Proses yang betulnya mereka kena laporkan di PKD yang terdekat dulu.

''Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan menghantar kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan kemudian barulah MySejahtera akan keluarkan sijil,” katanya pada sidang media di Program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach di Taman Desa Paloh di sini hari ini. 

Dr Adham berkata, pengesahan sijil perlu dilakukan di PKD terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya unsur penipuan.

“Jika hanya terus melalui MySejahtera kita bimbang akan lebih senang berlaku penipuan atau cubaan memalsukan sijil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, proses vaksinasi COVID-19 bagi golongan remaja Terengganu akan dimulakan selepas negeri itu mencapai sasaran 80 peratus menjelang akhir bulan ini.

Katanya, 93,262 remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah dikenal pasti sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi fasa pertama.

"Proses ini akan digerakkan secepat mungkin di semua sekolah sejurus selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan golongan dewasa selesai.

“Sasaran 80 peratus imuniti kelompok di Terengganu bakal dicapai sebelum akhir bulan September dan perkembangan itu memberi petanda pelaksanaan vaksin kepada remaja boleh dimulakan," katanya. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia