web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Harga Dedak Punca Harga Ayam Mahal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 7:14AM

Seorang pegawai KPDNHEP Pahang mengeluarkan notis amaran kepada pemborong dan pembekal ayam hasil pemeriksaan Op Catut 8.0 Rantaian Pembekal Ayam sekitar bandar raya Kuantan dan Pekan. - Gambar ihsan KPDNHEP Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kenaikan harga runcit ayam segar di sekitar bandar raya ini berpunca daripada peningkatan kos bahan asas bagi penghasilan makanan ayam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang sudah mengesan kenaikan harga runcit ayam segar itu dalam pemeriksaan Rabu lalu dan tindakan awal sudah diambil terhadap pemborong dan pembekal ayam di negeri ini. 

Pengarah KPDNHEP negeri, Datuk Mark Ujin ketika dihubungi Getaran memaklumkan, pihaknya menjalankan pemeriksaan melalui Op Catut 8.0 Rantaian Pembekal Ayam, sebaik menerima aduan daripada pengguna. 

"Hasil pemeriksaan dan soal selidik dijalankan, kebanyakan pemborong dan pembekal memberitahu kami bahawa kenaikan harga itu berpunca daripada peningkatan harga jagung serta kacang soya yang digunakan untuk membuat dedak atau makanan ayam. 

"Jadi, ia (kenaikan harga) adalah rantaian dari pembekal makanan ayam, pengusaha ladang ternakan, pemborong dan seterusnya peniaga ayam secara runcit," katanya. 

Mark berkata, pihaknya turut mengeluarkan notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada pemborong dan pembekal ayam di 11 premis yang beroperasi di bandar raya Kuantan. 

Beliau berkata, pemeriksaan dan analisis awal data diperoleh daripada pengeluar makanan ayam mendapati, berlaku kenaikan harga sehingga 33 peratus bagi 50 kilogram (kg) makanan ayam pedaging serta makanan anak ayam. 

"Harga untuk 50 kg makanan ayam telur juga didapati meningkat 31 peratus berbanding tahun lalu," katanya. 

Laporan mengenai kenaikan runcit ayam segar di bandar raya Kuantan daripada RM8 sebelum ini dan RM10.50 sekilogram sejak sebulan lalu, disiarkan media kelmarin. 

Sementara itu, Mark ketika mengulas lanjut mengenai isu kenaikan harga ayam berkata, pegawai dan kakitangan KPDNHEP negeri masih menyiasat untuk mengesan punca kenaikan harga ayam segar, selain daripada dakwaan mengenai kenaikan kos penghasilan makanan ayam.

Katanya, jika kenaikan harga ini disebabkan pencatutan di peringkat pengeluaran atau pengedaran ayam, tindakan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 boleh diambil terhadap pihak terbabit. - Getaran, 13 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia