web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Varian Delta Mengganas Di Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 7:48AM

Gambar fail menunjukkan tiub bertulis label 'COVID-19 Test Positive' dengan perkataan di belakang pula dilabel 'COVID-19 Delta variant' yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu. - Gambar Reuters

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Varian Delta disahkan sudah tersebar luas di seluruh negeri Sarawak, menjadikan ia yang paling dominan ketika ini.

Pendedahan itu dibuktikan menerusi penjujukan genom pada varian SARS-COV 2  oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah IHCM, Prof Dr David Perera berkata, tambahan 303 varian yang membimbangkan (VOC) dikesan daripada 307 kes positif pada 31 Ogos lalu.

"Semua VOC yang dikesan adalah varian Delta (B.1.617.2), menjadikan pemerhatian keseluruhan varian tersebut berada pada tahap 99 peratus.

"Ia adalah peningkatan daripada 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu," katanya dalam laporan terbaru yang dibentangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah.

Menurut beliau, IHCM telah membantu JPBNS untuk mengesan kesemua varian SARS-COV 2 itu.

"Varian Delta  dikesan di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri, Limbang dan kes import A dengan kadar pengesanan 100 peratus.

"Bahagian Sibu dan Kapit pula mencatatkan 97 peratus sementara Bintulu 98 peratus," katanya. - Getaran, 14 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia