web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Helikopter MD-530G Sedang Jalani Proses Prapenghantaran - ATM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 1:46PM

Tan Sri Affendi Buang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam buah helikopter jenis MD-530G yang akan dioperasikan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sedang dalam peringkat pemeriksaan prapenghantaran (PDI), sebelum mula digunakan secara rasmi, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Beliau berkata proses PDI helikopter buatan McDonnell Douglas berkenaan adalah bagi memastikan aspek teknikal dan spesifikasi dipatuhi sepenuhnya, bagi pengoperasiannya kelak yang bertujuan mengukuhkan lagi mobiliti udara TDM.

“Berdasarkan kepada kontrak perolehan, semua pesawat helikopter terbabit dijangka sampai ke Malaysia pada akhir tahun ini,” katanya dalam wawancara khas sempena Hari ATM ke-88 di Wisma Perwira ATM, di sini.

Pada Februari lepas, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyatakan Tentera Darat Malaysia (TDM) bakal menerima helikopter buatan McDonnell Douglas bernilai RM321.9 juta itu, pada bulan Ogos tahun ini.

Mengulas mengenai perancangan ATM terutamanya dalam menguruskan aset-aset pertahanan yang disifatkan agak berusia sama ada ia mencukupi untuk mempertahankan negara, Affendi berkata pihaknya mempunyai perancangan dalam perkara itu.

“ATM mempunyai rancangan pengurusan aset-aset yang merangkumi Program Senggaraan, ‘Upgrading program’ dan Program Penggantian Aset Pertahanan, bagi membolehkan ATM menjalankan fungsi mempertahankan negara.

“Selain itu, ATM telah memfokuskan Rancangan Pengurusan Aset kepada Tonggak 1 Strategi Pertahanan Negara iaitu Cegah Rintang Berpadu, seperti mana yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan, di mana ATM mendapati ada kekangan terhadap keupayaan dan bilangan aset untuk menjaga keseluruhan kawasan operasi,” katanya.

Affendi berkata ATM telah membuat perancangan operasi secara sistematik melalui aset-aset sedia ada, bagi memberikan efek pertahanan yang lebih berkesan.

Mengulas mengenai perkembangan latihan komprehensif di prermis MD Helicopter Inc di Arizona, Amerika Syarikat bagi juruterbang dan juruteknik, Affendi berkata ATM telah menghantar seramai lapan juruterbang dan sembilan juruteknik, untuk menjalani latihan berkenaan pada 24 April hingga 13 Ogos lepas.

“Latihan berkenaan bertujuan meningkatkan kemahiran juruterbang dalam pengendalian sistem persenjataan, penerbangan taktikal dan latihan menembak pesawat, manakala latihan kru untuk penyelenggaraan pesawat, enjin dan persenjataan,” katanya.

Dalam pada itu, Affendi berkata sejumlah lapan syarikat pengeluar telah menyatakan minat membida tender perbekalan jet latihan penggempur/jet tempur ringan (FLIT-LCA) yang telah diiklankan pada 22 Jun lalu.

“Di antara pesawat yang terlibat adalah PAC JF-17 keluaran Pakistan Aeronautical, Hongdu L15B keluaran China National Aero-Technology, M-346 keluaran Leonardo dari Itali, Yak-130 keluaran Irkut Corporation dari Rusia dan T-7 Red Hawk keluaran Boeing dari Amerika Syarikat.

“Tender dijadualkan akan ditutup pada 22 Sept depan dan proses tender itu masih sedang berjalan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia