web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin Penghuni Penjara Bantu Sabah Capai Imuniti Kelompok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 10:48AM

Helen (kanan) menyampaikan cendera hati kepada Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu PKK Teyun Thian Eim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 2,118 banduan berjaya divaksinasi menerusi program ‘outreach’ anjuran Universiti Malaysia Sabah, di Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini, minggu lalu.

Pengarah Hospital UMS (HUMS), Prof Dr Helen Benedict Lasimbang berkata, program yang mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu bertujuan membantu kerajaan negeri mencapai sasaran imuniti berkelompok sebanyak 80 peratus menjelang akhir tahun ini.

“Seramai 12 petugas diketuai Pegawai Perubatan HUMS, Dr Mohammad Hazamyn Hazrul Hamzah dihantar ke Penjara Pusat bagi menjayakan misi tersebut.

“Program Outreach selama lima hari ini bermula 6 September lalu, memberikan vaksin jenis CanSino kepada  2,118 banduan,” katanya semalam.

Menurut beliau, ia merupakan antara tanggungjawab sosial korporat UMS dalam membantu kerajaan dan orang ramai berdepan ancaman COVID-19.

“Selain Penjara Pusat Kota Kinabalu, program vaksinasi juga telah dan akan diadakan di  Penjara Wanita Kota Kinabalu, Lokap Kota Kinabalu serta Pusat Tahanan Sementara, sepanjang minggu ini sehingga 17 September nanti,” katanya.

Pada masa sama, satu lagi pasukan UMS diketuai Pegawai Perubatan HUMS Dr Rishaini Elengovan turut memberikan vaksinasi kepada kira-kira 200 penduduk Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar, semalam.

Menurut Helen, UMS akan sentiasa komited membantu kerajaan negeri dalam menjayakan misi pemberian vaksinasi kepada penduduk di sini.

“Program Outreach yang melibatkan pelbagai tempat menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan usaha mencapai sasaran imuniti kelompok tercapai,” tambahnya.

UMS sebelum ini turut menjayakan pemberian vaksinasi kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia