web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Peluang Untuk Doktor Kontrak Lanjut Pengajian Sarjana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 2:30PM

Khairy Jamaluddin ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti peluang untuk kumpulan doktor kontrak menerima Hadiah Latihan Persekutuan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ketika ini, tajaan itu hanya layak diterima doktor tetap, manakala doktor kontrak memperoleh Program Latihan Kepakaran ‘Parallel Pathways’ (Perubatan Dalaman).

“Kita (KKM) mahu memberikan kemudahan sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh melanjutkan pengajian latihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Peluang ini adalah demi masa depan mereka dan antara perkara dituntut serta dinantikan kumpulan doktor kontrak,” katanya pada sesi pertanyaan dan jawab lisan di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai berhubung perancangan dan usaha KKM bagi menjamin masa depan doktor kontrak di negara ini.

Selain itu, Khairy berkata, peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menjadi alasan mengapa timbul masalah untuk melantik mereka ke jawatan tetap dalam perkhidmatan awam.

Justeru jelasnya, kerajaan pada 13 Oktober 2016 membuat keputusan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras ketetapan Akta Perubatan 1971.

“Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap.

“Bagaimanapun, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan penjawatan terhad sejajar pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan kawalan perbelanjaan kewangan secara berhemah,” katanya.

KKM merekodkan seramai 5,000 hingga 6,000 graduan perubatan setiap tahun sejak 2016, berbanding hanya kira-kira 3,000 graduan setahun antara 2009 sehingga 2015. - Getaran, 15 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia