web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Grab, KPDNHEP Lancar Minggu Peniaga Kecil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 7:42AM

Promosi Minggu Peniaga Kecil pada bulan ini dijangka memanfaatkan 39,000 peniaga kecil manakala dari 24 hingga 30 September, pengguna Grab menikmati diskaun 30% untuk pesanan melebihi RM20 apabila menggunakan kod promo PENIAGAKECIL. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Grab Malaysia bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Rabu melancarkan Kempen Minggu Peniaga Kecil untuk membantu perniagaan kecil makanan serta minuman tempatan berkembang secara dalam talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kempen itu adalah sebahagian daripada Program Perniagaan Kecil GrabFood bagi membantu perniagaan tempatan menyesuaikan diri dengan norma baharu ketika permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan secara dalam talian.

Beliau berkata usaha itu sejajar dengan matlamat kementerian untuk membantu perniagaan mendepani cabaran semasa dan antara visi utama KPDNHEP ialah memastikan perdagangan lestari progresif yang memperkasa perniagaan serta memberi manfaat kepada pengguna.

"Dengan lebih 98.5 peratus perniagaan di Malaysia terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana, kami digalakkan untuk melihat platform seperti Grab yang menyokong perniagaan kecil melalui teknologi dan pelbagai usaha dilaksanakan seperti promosi Minggu Peniaga Kecil.

"Kejayaan daripada projek perintis Grab Minggu Peniaga Kecil sangat memberangsangkan kerana ia adalah cara tambahan untuk meningkatkan perniagaan," katanya ketika melancarkan kempen itu yang diadakan secara maya.

Grab Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan promosi Minggu Peniaga Kecil pada September dijangka mampu memanfaatkan hampir 39,000 perniagaan kecil manakala dari 24 hingga 30 Sept, pengguna Grab dapat menikmati diskaun 30 peratus untuk pesanan melebihi RM20 apabila menggunakan kod promo PENIAGAKECIL.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan Rumusan Industri Penghantaran Makanan 2021, Malaysia mencatat jumlah pengguna baharu ketiga tertinggi bagi perkhidmatan secara dalam talian di Asia Tenggara. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia