web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Perlu Kuarantin Masuk Sarawak Jika Lengkap Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 1:39PM

Individu yang telah lengkap 2 dos vaksin COVID-19, tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari jika memasuki Sarawak, mulai hari ini. - Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 akan dikecualikan daripada menjalani kuarantin 14 hari jika memasuki Sarawak mulai hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, keputusan berkenaan dibuat, setelah menilai situasi COVID-19 di Sarawak dan negeri-negeri lain.

Menurut beliau, kerajaan negeri memutuskan untuk mengecualikan kuarantin ke atas penerima lengkap vaksin COVID-19, selepas menimbangkan peningkatan jumlah golongan berkenaan di seluruh negara.

“Mereka hanya perlu memohon dalam EnterSarawak dan mengisi eHealth Declaration Form (eHDF) serta mengemukakan bukti sah lengkap vaksinasi.

“Pengunjung juga diminta menyertakan keputusan RT-PCR negatif yang sah untuk tiga hari dan lain-lain maklumat peribadi yang berkaitan,” katanya.

Lengkap vaksinasi bermaksud individu berkenaan telah menerima dua dos vaksinasi COVID-19 Pfizer, Sinovac dan AstraZaneca dengan suntikan kedua melebihi tempoh matang 14 hari.

Tempoh 28 hari pula diperlukan untuk vaksin jenis dos tunggal iaitu CanSino dan Jansen.

Jurucakap itu berkata, kerajaan negeri turut membenarkan kemasukan kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun jika mereka diiringi ibu bapa atau penjaga yang telah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

“Walaupun dikecualikan daripada menjalani kuarantin, pengunjung dinasihati menjalankan pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari.

“Individu yang belum divaksinasi atau belum melengkapkan dos masing-masing pula  perlu menjalani arahan kuarantin selama 10 hari di hotel ditetapkan jika mahu berkunjung ke Sarawak,” tegasnya.

Golongan berkenaan juga katanya, perlu memohon menerusi EnterSarawak dan mengisi eHealth Declaration Form (eHDF) sebelum dibenarkan memasuki Sarawak.

“Mereka juga perlu menyertakan keputusan RT-PCR negatif yang sah untuk tiga hari saja dan lain-lain maklumat peribadi berkaitan,” katanya.

Perubahan keputusan itu bagaimanapun tidak terpakai ke atas individu yang baru pulang atau ingin memasuki Sarawak dari luar negara. – Getaran, 16 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia