web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langkawi: 200,000 Tempat Duduk AirAsia Terjual Dalam Masa Kurang Seminggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 2:48PM

Pelancong mula tiba di Lapangan Antarabangsa Langkawi sempena pembukaan Gelembung Pelancongan Langkawi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerbangan sulung AirAsia dari Kuala Lumpur ke Langkawi pagi ini di bawah inisiatif gelembung perjalanan merekodkan muatan penerbangan 100 peratus, menandakan lantunan semula kukuh perjalanan udara domestik.   

Syarikat penerbangan tambang rendah itu, berkata penerbangan tersebut, yang pertama daripada sembilan penerbangan harian yang dijadualkan dari Kuala Lumpur, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 9.50 pagi menggunakan pesawat Airbus A321neo.

"Selain dari Kuala Lumpur (63 penerbangan mingguan), AirAsia juga mempunyai penerbangan ke Langkawi dari Pulau Pinang (14 kali seminggu), Johor Bahru (tujuh kali seminggu), Ipoh (tiga kali seminggu) dan Kota Bharu (tiga kali seminggu), menjadikan kesemua sekali 90 penerbangan seminggu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata lebih 200,000 tempat duduk ke Langkawi terjual dalam masa kurang daripada seminggu.

"Bagi memudahkan pergerakan ini, kami telah telah membuat persiapan menyeluruh dan melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan yang padu dan komprehensif bagi memastikan semua tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat, dengan kru dan petugas barisan hadapan kami 100 peratus telah lengkap menerima vaksin.

"Selepas melakukan persediaan selama berbulan-bulan, kami bersemangat untuk menyaksikan industri kembali rancak dan bersedia untuk meningkatkan operasi kami bagi memenuhi peningkatan permintaan.

“Kami berharap lebih banyak gelembung perjalanan diwujudkan di seluruh negara tidak lama lagi sejajar dengan peningkatan kadar vaksinasi dan seterusnya di seluruh rantau ini apabila telah selamat untuk berbuat demikian,” katanya.  

AirAsia juga melancarkan perkhidmatan ‘ride-hailing’ di Langkawi hari ini dengan pemandu kenderaan 100 peratus telah divaksinasikan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia