web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebenaran Rentas Negeri Tak Benar - KKMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 3:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta menghentikan penyebaran poster mengenai kebenaran rentas daerah dan negeri yang tular sejak semalam kerana maklumat itu tidak benar.

Jurucakap Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), berkata perkara itu sudah dinafikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyifatkannya sebagai berita palsu.

“Poster mengandungi kenyataan 'pergerakan rentas daerah dan negeri dibenarkan kecuali bagi kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada 18 September 2021' seperti yang tular adalah tidak sahih.

"MKN menegaskan poster berkenaan adalah palsu dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini.

Pada masa sama, orang ramai disaran sentiasa merujuk kepada media sosial rasmi kementerian, jabatan dan agensi berkaitan untuk maklumat sahih dan terkini.

Sejak semalam, media sosial ‘kecoh’ selepas tular beberapa poster di platform itu, kononnya kerajaan sudah membenarkan rentas daerah dan negeri di semua kawasan di Malaysia kecuali di lokaliti PKPD.

Ada poster memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 17 September, manakala maklumat lain menyatakan, ia bakal bermula 18 September ini. - Getaran, 16 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia