web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Hotel Di Ibu Kota Ditutup, Terlibat Kegiatan Tak Bermoral

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 6:12PM

2 hotel antara 18 premis yang ditutup DBKL kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup 18 premis perniagaan termasuk dua hotel yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral, selain ia dikendalikan warga asing, menerusi Ops Patuh Terhadap Premis-Premis Komersial di sekitar ibu negara yang dilaksanakan dari 1 hingga 15 Sept lepas.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan premis itu diarah tutup di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan pada masa sama pihaknya mengeluarkan 96 notis kompaun atas pelbagai kesalahan dalam pemeriksaan di premis-premis komersial berkenaan.

Menurutnya 14 warga asing yang terdiri daripada empat warga Thailand, empat warga Indonesia dan enam warga Vietnam ditahan kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Selain itu 24 warga asing yang terdiri daripada sembilan warga Bangladesh, enam warga Pakistan, empat warga India dan lima warga Indonesia turut diambil maklumat bagi tujuan dokumentasi kerana mengendalikan premis perniagaan tanpa kebenaran.

"DBKL turut menyita 29 barangan daripada premis terbabit seperti kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, minyak pelincir, buku log, monitor, video dekoder dan lain-lain peralatan,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 562 premis/syarikat diperiksa sepanjang operasi itu melibatkan aktiviti perhotelan, pusat urut, restoran, kedai runcit, pasar raya, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti yang telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut DBKL lapan notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atas pelbagai kesalahan terhadap individu, pemilik premis, syarikat yang ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PPN yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Warga kota diminta untuk terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada DBKL secara dalam talian melalui https://adukl.dbkl.gov.my,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia