web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Solat Jumaat Di Masjid Di KL, Putrajaya Dibenarkan 500 Orang - JAWI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:30PM

Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa 2, PPN, dibenarkan seramai 500 orang berkuatkuasa esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang manakala bagi Surau Jumaat ialah 150 orang dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula seramai 100 orang.

Beliau berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang. 

"Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ajib berkata ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Peralihan Fasa PPN.

Beliau berkata bagi solat fardu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang, tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah (100 orang) manakala Surau Jumaat (50 orang).

Katanya bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula dibenarkan seramai 50 orang manakala bagi Surau Jumaat serta Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat sama di PPR dan PA DBKL serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang.

Mohd Ajib berkata bagi Labuan yang berada dalam Fasa Empat PPN, bilangan jemaah solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat dibenarkan separuh daripada kapasiti sebenar, yang turut berkuat kuasa esok.

Katanya pada masa sama, bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama.

Selain itu, beliau berkata kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu untuk kuliah yang lain, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

“Semoga umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan, terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia