web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Dikesan Positif COVID-19 Ketika Saringan Ke Langkawi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:37PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan sebelum berlepas melalui jalan udara dan laut ke Pulau Langkawi setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata kesemua kes positif itu adalah kategori satu iaitu tidak bergejala.

"Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga 12 tengah hari tadi seramai 2,546 orang disaring sebelum berlepas ke pulau peranginan itu melibatkan 1,250 orang disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui terminal feri di Kuala Perlis.

"Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.''

Katanya daripada jumlah itu, enam orang menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang, dan kesemua keputusan adalah negatif, manakala 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian dan dibenar berlepas bersama keluarga masing-masing.

Kerajaan sebelum ini mewajibkan individu yang mahu melancong ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik yang bermula hari ini supaya menjalani ujian saringan COVID-19 selain lengkap divaksinasi sebelum berlepas ke pulau itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengingatkan pelancong yang bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi agar segera mendapatkan rawatan awal atau melakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID- 19.

"Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk,'' katanya.

Kerajaan juga perlu memastikan mereka yang ingin melancong ke pulau itu perlu menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif, dan bukan kontak rapat kepada kes positif," katanya.

KKM juga katanya akan sentiasa menambah baik dan memudah cara proses serta pelaksanaan pengujian saringan dari semasa ke semasa agar ianya berjalan lancar dan berkesan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia