web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beriadah Tanpa Vaksin Lengkap, Pengunjung Akan Diarah Beredar - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 7:56AM

Gambar fail menunjukkan orang ramai beriadah selepas Lembah Klang beralih ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mengunjungi kawasan riadah akan diarah untuk beredar jika tidak lengkap dua dos vaksin, kata Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff.

Beliau berkata polis telah menggerakkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah yang menjadi tumpuan ramai bagi memastikan pengunjung lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan patuh prosedur operasi standard (SOP).  

“Sekiranya berdegil, mereka akan diarah beredar dari lokasi itu setelah diberi nasihat oleh polis. Kami faham rakyat tengah tertekan dan dalam menguatkuasakan undang-undang, sifat kemanusiaan itu penting dalam membantu masyarakat,” katanya kepada Bernama semalam.

Mastor juga berkata pemantauan mendapati pengunjung di lokasi riadah agak berkurangan semalam, yang merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, berbanding pada Sabtu dan Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed pula berkata pihaknya mengeluarkan tujuh kompaun pelanggaran SOP dan 46 saman trafik terhadap pengunjung di kawasan air terjun Sungai Pisang di sini.

"Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada jarak fizikal antara satu sama lain," menurutnya dalam kenyataan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia