web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Air Terjun Selangor Masih Ditutup, Berkelah Tidak Dibenarkan - JPNS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 11:57AM

Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang, antara yang masih ditutup kepada orang awam. - Gambar dari Facebook Taman Eko Rimba Komanwel Rawang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kawasan air terjun yang terletak dalam Taman Eko Rimba, denai dan jalur pendakian dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor masih ditutup kepada umum walaupun negeri itu kini berada di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa 2.

Justeru, terdapat 20 kawasan air terjun yang terletak di dalam kawasan Taman Eko Rimba dan HSK di Selangor sebenarnya masih belum boleh dikunjungi orang ramai, termasuk oleh rakyat negeri itu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, selepas merujuk kelonggaran diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya dimaklumkan bahawa kebenaran beriadah hanya dibenarkan kepada kawasan seperti taman awam sahaja.

Katanya, sehingga kini aktiviti riadah di kawasan seperti air terjun dan pendakian masih tidak dibenarkan terutamanya di bawah seliaan JPNS.

“Kami sudah mengeluarkan notis memaklumkan bahawa kawasan seperti Taman Eko Rimba, denai dan jalur pendakian dalam HSK masih ditutup kepada orang awam namun didapati terdapat beberapa lokasi kini menjadi tumpuan masyarakat hingga mengakibatkan kesesakan.

“Bagi memastikan pencerobohan tidak berlaku, pemantauan berskala dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalankan di semua lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan orang ramai sejak kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Berdasarkan senarai yang diberikan kepada Getaran, terdapat 10 lokasi air terjun di dalam Taman Eko Rimba (TER) masih ditutup iaitu TER Gunung Nuang; TER Sungai Tekala; TER Sungai Congkak; TER Ampang; TER Kota Damansara; TER Komanwel; TER Templer; TER Kanching; TER Sungai Tua dan TER Sungai Sendat.

Turut tersenarai ialah 10 kawasan 'hot-spot' air terjun dalam HSK yang masih ditutup iaitu Air Terjun Ulu Perdik; Lepoh; Lubuk Tedung atau Sofea Jane; Sungai Pisang; Kanching; Setinggi; Medang; Macau; Sungai Chiling dan Lubuk Kawah.

Ahmad Fadzil berkata, orang ramai yang masih berdegil untuk ke kawasan terbabit boleh ditahan atas kesalahan masuk ke kawasan hutan simpan tanpa kebenaran dan dikenakan kompaun sebanyak RM300 setiap seorang.

“Untuk memasuki kawasan HSK, orang ramai perlu mendapatkan kebenaran daripada JPNS terlebih dahulu namun buat masa ini tiada permit akan dikeluarkan kerana kawasan berkenaan masih lagi ditutup di bawah PPN Fasa 2.

“Bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa kawasan itu masih ditutup, pihak JPNS telah memasang notis pemberitahuan dan menutup pintu masuk ke lokasi terbabit,” katanya. -Getaran, 17 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia