web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


P. Pinang Benarkan Jemaah Solat Ikut Kapasiti Masjid, Surau, Mulai Sabtu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 9:16PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri ini, mulai esok.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata jemaah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

"Namun bagi mereka yang baharu sahaja mendapat satu dos vaksin, jemaah dibenarkan untuk hadir menunaikan solat di masjid dan surau seperti SOP terdahulu iaitu hanya 150 orang untuk masjid negeri, 100 orang di masjid kariah dan 50 orang di surau.

"Selain itu, pihak masjid atau surau juga perlu menyediakan ruang khas untuk mereka yang bermusafir dan pemandu e-hailing menunaikan solat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bagi khutbah Jumaat, khatib jemputan tidak dibenarkan dan hanya boleh menggunakan teks JHEAIPP. 

Mohd Zakuan berkata semua majlis ilmu haruslah diadakan secara dalam talian sahaja manakala bacaan Yassin dan tahlil secara fizikal dibenarkan pada malam Jumaat.

Katanya pada masa ini, majlis rasmi, akad nikah atau majlis sosial masih tidak dibenarkan di masjid atau surau di negeri ini.

"Bagi pengurusan jenazah bukan kematian COVID-19, seramai 30 orang dibenarkan untuk solat jenazah dan urusan pengebumian. Ziarah kubur juga dibenarkan," katanya.

Beliau berkata pihak masjid dan surau perlu membentuk Jawatankuasa Pemantau untuk memastikan SOP yang dikeluarkan itu dipatuhi dan mengambil tindakan segera dengan melakukan sanitasi jika terdapat kes COVID-19.

"Semua SOP itu terpakai pada warganegara dan pemastautin tetap berusia 17 hingga 70 tahun, manakala bagi mereka berusia 71 tahun ke atas yang sihat boleh melaksanakan solat di masjid atau surau tapi tidak digalakkan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia