web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gay Ditipu Kekasih Sejenis, Rugi RM571,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2021 9:17PM

Shafien Mamat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang peniaga lelaki kerugian RM571,000 selepas ditipu 'teman lelaki sejenis bergelar 'Tengku' yang dikenali menerusi aplikasi media sosial.

Mangsa yang berusia 20-an itu diperdaya untuk memindahkan wang tunai berjumlah RM201,000 serta menyerahkan barang kemas bernilai RM370,000 bagi membuktikan kesetiaan dan kasih sayang terhadap lelaki itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, susulan penipuan itu, mangsa membuat laporan polis Selasa lalu.

Menurut beliau, mangsa menerusi kenyataan awal memaklumkan, perkenalannya bersama 'kekasihnya' itu bermula 30 Mei lalu, menerusi aplikasi sembang sosial golongan sejenis, dikenali sebagai Grindr.

"Lelaki itu menyamar sebagai kerabat Diraja dengan gelaran Tengku dan sebaik sahaja berkenalan, suspek terus bertanyakan mengnai barang kemas dimiliki mangsa.

"Apabila mangsa memberitahu mengenai barang kemas kepunyaan ibunya, suspek meminta ia diserahkan sebagai bukti kasih sayang dan kesetiaan," katanya hari ini.

Shafien berkata, mangsa yang terpedaya dengan pujukan kekasih sejenisnya itu membuat dua penghantaran, iaitu pada 31 Mei, menggunakan perkhidmatan teksi dan e-hailing 2 Jun lalu kepada pembantu peribadi 'Tengku' terbabit di Kota Bharu.

"Sepanjang tempoh perkenalan mereka, mangsa juga membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dua akaun bank milik pihak ketiga atas alasan kesetiaan dan kasih sayang, selain terpengaruh dengan janji manis kekasihnya yang mahu menghadiankan sebuah trak pikap," jelasnya.

Mangsa yang kemudian merasa tertipu jelas beliau lagi, membuat laporan polis Selasa lalu selepas 'Tengku' berkenaan gagal datang berjumpanya seperti dijanjikan dan tidak memulangkan kembali barangan emas milik ibunya.

"Suspek juga memaksa mangsa menyerahkan wang dan mengugut akan menyebarkan video bogel miliknya.

"Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, pesalah boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar 'Check Scammers CCID' untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sama ada pernah terbabit dalam kes jenayah komersil bagi mengelakkan mereka diperdaya scammer.

"Selain itu, janganlah sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan di media sosial atau kepada individu yang tidak dikenali," katanya. - Getaran, 17 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia