web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOSTI Peruntuk Hampir RM60 Juta Untuk R&D Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 5:32PM

Tujuan pelaburan besar ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan vaksin dari luar negara seperti keluaran Pfizer-BioNTech. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan hampir RM60 juta bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan vaksin dari luar negara.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata daripada jumlah itu, RM54 juta disediakan kepada Malaysia Genome Institute (MGI), manakala RM2.5 juta bagi kumpulan pengkaji pembangunan vaksin menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik (mRNA).

“Peruntukan berjumlah RM2.5 juta lagi disediakan untuk tujuan pembangunan vaksin dari toksin kuman yang dinyahaktif di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya selepas merasmikan program mobilisasi vaksin komuniti peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang Fasa 8.0 di Pantai Senok di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi R&D vaksin itu, kementerian menjangkakan vaksin tempatan akan dapat dikeluarkan dalam tempoh dua hingga lima tahun.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata kementerian turut melaksanakan diplomasi sains dengan negara-negara luar serta universiti di luar negara bagi tujuan tersebut.

“Misalnya untuk kajian vaksin jenis mRNA, kita jalin kerjasama dengan Universiti Chulalongkorn, Thailand yang menjadi perintis pembangunan vaksin itu.

“Proses ini melibatkan hubungan antarabangsa di mana kementerian dan pihak berkaitan perlu memainkan peranan yang penting untuk kejayaan pembangunan vaksin,” katanya.

Ahmad Amzad juga berharap Malaysia bakal menjadi pengeluar dan pengimport vaksin terutama bagi pasaran negara-negara Islam.

“Kira berharap dengan melibatkan di peringkat awal Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kita akan mendapat manfaat sebab masyarakat Islam lebih yakin sekiranya vaksin dikeluarkan oleh negara Islam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 7 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia