web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Ragut Nyawa Mantan ADUN Kunak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 1:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK - Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham yang merupakan Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 pagi di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Getaran difahamkan, Nilwan dan isterinya, Datin Amnani Abdullah dijangkiti COVID-19 sejak awal September dan telah ‘ditidurkan’ pada 17 September lalu.

Pemergian tokoh berjiwa rakyat ini disahkan melalui beberapa hantaran di laman Facebook milik beberapa pemimpin tempatan.

Nilwan yang sebelum ini turut berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah adalah seorang ketua yang dekat di hati rakyat.

Beliau yang mula menceburkan diri dalam arena politik sejak usia 20-an melalui parti USNO telah dilantik menjadi ADUN Kunak pada pilihanraya 2008 dan 2013.

Pemergiannya dianggap sebagai satu kehilangan kepada rakyat Kunak kerana beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang sentiasa berusaha membangunkan daerah ini. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia