web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tadika Swasta Dibenar Beroperasi Ikut SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 6:16PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tadika swasta dan pusat perkembangan minda kanak-kanak di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 sudah dibenarkan beroperasi sejak 17 September lalu.

Jurucakap Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pengoperasian itu tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

Katanya, KPM mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri berkenaan.

“Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 sudah dibenarkan beroperasi mulai 17 September 2021 untuk anak-anak yang ibu bapa atau penjaga mereka perlu bekerja.

“Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan,” katanya.

Pada 15 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapa atau penjaganya bekerja dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September.

Bagaimanapun, operator dan pekerja di pusat pendidikan itu perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

75 Pengunjung, 2 Pengusaha Pusat Hiburan Dikompaun RM77,000 Langgar SOP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Negeri Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Depan - Hishammuddin

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

TNB Perkukuh Peranan Dalam PPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sunway Lagoon Kembali Meriah, Tetap Patuhi SOP Ditetapkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia