web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sunway Lagoon Kembali Meriah, Tetap Patuhi SOP Ditetapkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 2:06PM

Kelihatan pengunjung yang membanjiri Taman Tema Sunway Lagoon selepas dibenarkan beroperasi kembali. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Taman tema antara destinasi yang amat digemari pelancong, menyebabkan pembukaan semula premis seumpama itu sangat dinanti-nantikan, selepas sekian lama ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaru, Taman Tema Sunway Lagoon membuka semula pintu kepada pengunjung bermula 7 Oktober lalu.

Seorang pekerja taman burung Taman Tema Sunway Lagoon yang memakai pelitup muka menghiburkan pegunjung. - Gambar oleh Syeda Imran
Seorang pekerja taman burung Taman Tema Sunway Lagoon yang memakai pelitup muka menghiburkan pegunjung. - Gambar oleh Syeda Imran

Pembukaan semula premis tersebut selaras dengan status Lembah Klang yang telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara pada 1 Oktober lalu.

Sama seperti premis tarikan pelancong lain, Sunway Lagoon tidak terlepas daripada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) demi menjamin keselamatan pengunjung, termasuk hanya memberi kebenaran kepada individu yang sudah lengkap divaksinasi.

Pengunjung menaiki pelampung turun dari gelongsor air di Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran
Pengunjung menaiki pelampung turun dari gelongsor air di Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran

Kanak-kanak yang tidak diberikan vaksin pula harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah menerima dua dos vaksin.

Pengunjung juga diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa ketika berada di dalam premis, kecuali ketika sedang makan atau berada di taman air.

Pengunjung dibenarkan untuk membuka pelitup muka semasa makan atau berada di taman air. - Gambar oleh Syeda Imran
Pengunjung dibenarkan untuk membuka pelitup muka semasa makan atau berada di taman air. - Gambar oleh Syeda Imran

Pengurusan Sunway Lagoon turut menurunkan kapasiti pengunjung sehingga 50 peratus kepada hanya 25,000 pengunjung sehari berbanding jumlah asal iaitu lebih 50,000.

Proses sanitasi juga dilakukan secara kerap, khususnya di kawasan yang sering dikunjungi, malah jumlah pengunjung bagi setiap tarikan dalam premis dihadkan kepada jumlah tertentu.

Pondok awam yang dahulunya digunakan untuk menempatkan kumpulan besar kini ditukar menjadi pondok kabana peribadi, khusus buat bagi keluarga yang mencari sedikit privasi di dalam taman seluas 35.2 hektar.

Kelihatan pengunjung berjalan di atas jambatan gantung di Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran
Kelihatan pengunjung berjalan di atas jambatan gantung di Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran

Tinjauan Getaran mendapati, pembukaan semula taman tema berkenaan jelas mengujakan banyak pihak, khususnya golongan muda yang tidak sabar untuk berseronok.

Sekumpulan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), Mohd Akmal Abd Kamal, 23, Ahmad Hafi Haminuruddin, 23 dan Hasri Danish Faizal, 24 ketika ditemui jelas gembira apabila berpeluang menikmati kembali keseronokan ditawarkan taman tema berkenaan.

Mohd Akmal (tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya jelas gembira apabila berpeluang menikmati kembali keseronokan ditawarkan taman tema berkenaan. - Gambar oleh Syeda Imran
Mohd Akmal (tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya jelas gembira apabila berpeluang menikmati kembali keseronokan ditawarkan taman tema berkenaan. - Gambar oleh Syeda Imran

“Kami rasa seronok sangat apabila Sunway Lagoon dibuka semula, malah taman tema ini merupakan destinasi pertama kami selepas setahun tidak berkunjung ke mana-mana akibat COVID-19.

“Memang kami dah merancang lebih seminggu untuk mengunjungi Sunway Lagoon dan membeli tiket secara dalam talian tiga hari sebelumnya,” katanya.

Seorang pengunjung melakukan aktiviti 'Flying Fox' di Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran
Seorang pengunjung melakukan aktiviti 'Flying Fox' di Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran

Menurut kumpulan pelajar tersebut, SOP di taman tema ini juga mematuhi piawaian yang ditentukan.

“Kami rasa SOP di sini bagus dan harga tiket juga tidak terlalu mahal, dengan bayaran RM138 seorang untuk berada seharian di dalam taman tema ini, ia agak berpatutan,” jelas mereka.

Pekerja swasta, Isma Saifuddin, 34 yang berkunjung bersama suami dan dua orang anaknya pula memuji pengurusan Sunway Lagoon kerana masih mengekalkan pematuhan SOP biarpun dibanjiri pelawat dalam jumlah yang agak besar.

Isma bersama keluarganya. - Gambar oleh Syeda Imran
Isma bersama keluarganya. - Gambar oleh Syeda Imran

“Anak-anak memang seronok dapat berkunjung ke sini. Walaupun ramai pelawat, kita tidak begitu risau kerana pihak ‘Safe Guard’ Sunway Lagoon sentiasa memantau.

“Kawasan taman tema juga luas dan kemasukan pengunjung juga dikawal supaya tidak terlalu sesak. Jadi, kita nak bermain-main pun selesa,” ujarnya.

Sunway Lagoon beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada setiap hari Selasa.

Pandangan daripada atas jambatan gantung Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran
Pandangan daripada atas jambatan gantung Taman Tema Sunway Lagoon. - Gambar oleh Syeda Imran

Sebagai tarikan baharu, taman tema itu memperkenalkan aktiviti berkelah ‘Camp Out! at Sunway Lagoon’.

Aktiviti ini memberikan kesinambungan pengalaman Best Day Ever (hari terindah selamanya) kepada pengunjung dari pagi hingga keesokan hari.

Pakej promosi ditawarkan berharga RM598 untuk dua orang manakala ahli (RM418).

Pakej berkenaan termasuk tiket masuk, makan malam BBQ, sarapan pagi dan baucar makanan berharga RM10. - Getaran, 17 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

LIMA'23: Sedia Platform Terbaik Beri Nafas Baharu Kepada Industri Maritim, Aeroangkasa - Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah