web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LIMA'23: Sedia Platform Terbaik Beri Nafas Baharu Kepada Industri Maritim, Aeroangkasa - Loke

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 7:13AM

Pasukan Fursan Al Emarat dari UAE pada sesi latihan pertunjukan udara yang menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) akan menyediakan satu daripada platform antarabangsa terbaik untuk memberikan nafas baharu kepada industri maritim dan aeroangkasa yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata LIMA’23 adalah platform baik untuk mengembangkan potensi peluang perniagaan dalam industri dengan sinergi yang efektif antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan serta agensi dan pihak berkepentingan yang berkaitan.

“Kementerian Pertahanan meliputi 60 peratus daripada segmen pertahanan dan keselamatan dalam LIMA’23, manakala Kementerian Pengangkutan mengendalikan 40 peratus lagi bagi segmen komersial industri maritim dan aeroangkasa,” katanya pada majlis perasmian pembukaan LIMA’23 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) semalam.

Hadir sama ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Loke berkata sektor komersial bagi maritim dan aeroangkasa akan menumpukan kepada produk dan perkhidmatan teras, perkhidmatan sampingan, kemajuan teknologi dan pendidikan terkini serta peluang akademik dan kerjaya.

Beliau berkata pelabur tempatan dan asing boleh memanfaatkan perkembangan terkini industri maritim dan aeroangkasa di Malaysia.

“Satu daripada projek mega dalam sektor maritim adalah pembangunan yang dicadangkan di Pelabuhan Pulau Carey yang boleh mengukuhkan status Pelabuhan Klang sebagai hab marin utama bagi Asia Tenggara,” katanya.

Dalam sektor penerbangan, Loke berkata pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor akan menjadi satu pencetus perubahan berikutan lapangan terbang itu akan dijadikan hab penerbangan serantau dengan kapasiti maksimum sebanyak lapan juta penumpang setahun yang berpotensi melahirkan ribuan pekerjaan bernilai tinggi dan berkemahiran tinggi di Malaysia.

Bertemakan “Neksus Perdagangan Maritim dan Aerangkasa Asia,” Loke berkata LIMA’23 dijangka menarik kehadiran lebih 45,000 pelawat perdagangan dan 250,000 pengunjung awam.

“Sebagai pempamer, anda akan berpeluang untuk menjadikan organisasi anda dikenali oleh pasaran yang pelbagai pada acara antarabangsa.

“Ini sejajar dengan Dasar Pengangkutan Negara untuk menggalakkan pengantarabangsaan perkhidmatan pengangkutan,” kata Loke.

LIMA’23 disertai lebih 525 pempamer termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat sektor komersial dan 284 syarikat daripada kedua-dua sektor.

Acara itu akan turut menyaksikan 18 negara menyediakan pavilion negara antaranya Australia, China, Republik Czech, Finland, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Netherlands, Korea Selatan, Türkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

2

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 15 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad