web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 1:04PM

Bagaimanapun pemakaian pelitup muka amat digalakkan semasa berada dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas atau van pekerja dan bas sekolah - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penggunaan pelitup muka tidak lagi diwajibkan di fasiliti kesihatan dan pengangkutan awam berkuat kuasa 5 Julai ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, bagaimanapun pemakaian pelitup muka amat digalakkan semasa berada dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas atau van pekerja dan bas sekolah.

Menurutnya lagi, individu disahkan positif COVID-19 dan kakitangan kesihatan yang berurusan dengan pesakit juga dikehendaki memakai pelitup muka ketika berada di fasiliti kesihatan.

“Pemakaian pelitup muka juga amat digalakkan bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik.

“Selain itu, individu yang bergejala respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain juga digalakkan untuk berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19 - Gambar Hiasan
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19 - Gambar Hiasan

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama juga bermula Rabu depan.

“Ini adalah berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa infektiviti kes COVID-19 tinggi pada lima (5) hari pertama dari onset gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kes baharu COVID-19 menurun 53.5 peratus (5,801 kes kepada 2,698 kes), kematian berkurang 35.3 peratus (17 kes kepada 11 kes) sejak lima minggu kebelakangan ini.

Dari segi kapasiti hospital pula, katanya, jumlah kemasukan COVID-19 ke hospital awam dan pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun, manakalaperatus pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal stabil pada 6 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-25  (ME 25/2023) berbanding ME 24/2023.

“Sehingga 27 Jun 2023, sebanyak 16,337,744 (50 peratus) penduduk Malaysia sudah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (825,275) sahaja menerima dos penggalak kedua.

“Justeru, berdasarkan pencapaian dalam pengurusan pandemik COVID-19 di Malaysia, KKM telah menyemak semula SOP dengan merujuk kepada kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perhimpunan ramai yang berlaku semasa sambutan Aidiladha dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN), berisiko menyumbang kepada peningkatan kes dan membebankan sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan jika langkah kawalan dan pencegahan tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19.

“Orang ramai perlu memikul tanggungjawab individu yang lebih besar bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi seluruh komuniti terutama golongan berisiko tinggi,” katanya. – Getaran, 29 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi