web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh, Jalan Penampang-Tambunan Terputus Hubungan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 8:03AM

Laluan sepanjang hampir 30 meter itu telah runtuh dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU -  Hubungan jalan raya Penampang-Tambunan terputus apabila satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 52.35 berdekatan Air Terjun Masakob pada jam 7 malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata laluan sepanjang hampir 30 meter di kawasan itu runtuh hingga tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Jalan berkenaan dipercayai runtuh akibat hujan lebat berterusan dan kawasan itu kini dikategorikan sebagai berbahaya,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya tiada mangsa terlibat atau kerosakan kenderaan dilaporkan akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya penduduk terjejas boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ranau ke Tambunan atau melalui Jalan Kimanis ke Keningau.

“Pemantauan situasi di kawasan kejadian masih dilakukan setakat ini dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelak laluan itu sehingga kerja-kerja membaik pulih disiapkan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia