web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Bincang Kebenaran Rentas Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 5:05PM

Nancy Shukri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran rentas negeri sebagai usaha untuk mempercepatkan pemulihan sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19, sedang dibincangkan oleh agensi berkaitan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, keputusan berhubung perkara tersebut akan diumumkan antara dua hingga tiga minggu lagi.

“Apabila rentas negeri itu dibuka, orang luar boleh masuk (ke negeri lain). Kementerian telah menyenaraikan nama setiap destinasi yang bukan sahaja meliputi pulau peranginan, (tetapi) termasuk kawasan darat seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill dan lain-lain lokasi.

“Setakat ini selain Pulau Langkawi, kita hanya benarkan pelancongan dalam negeri sahaja dan kita faham, kita tidak boleh bergantung kepada sektor itu sahaja untuk membantu memulihkan industri pelancongan negara,” katanya.

Nancy memberitahu sidang dewan, kerajaan juga sedang meneliti kebenaran pelancongan antara negeri bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan negara, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar), yang meminta supaya gelembung pelancongan domestik diperluaskan ke seluruh negara dan tidak hanya menumpukan kepada kawasan pulau.

Ia bagi membantu memulihkan industri pelancongan negara yang terkesan teruk akibat COVID-19.

Nancy menarik perhatian, perkhidmatan hotel dan destinasi pelancongan tanpa gelembung setakat ini hanya dibenarkan untuk pelancong dari negeri sama sahaja.

Namun, tegas beliau, kementerian tetap komited untuk memastikan aktiviti rentas negeri bagi tujuan pelancongan dibenarkan.

Setakat ini kerajaan membenarkan pelancongan dalam negeri bagi negeri yang berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk individu yang telah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Projek rintis gelembung pelancongan domestik ke Pulau Langkawi bermula sejak 16 September lalu. - Getaran, 20 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

4

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia