web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: 26 Laporan Libat Isu Keselamatan, Kerosakan Harta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 8:17PM

3 rumah banglo dan 12 rumah bandar membabitkan 27 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, beberapa hari lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis setakat ini menerima 26 laporan daripada penduduk berkaitan keselamatan dan kerosakan harta benda mereka susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya mengenal pasti 110 penduduk yang terkesan akibat kejadian itu dengan seorang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala selebihnya tinggal di rumah keluarga untuk sementara waktu ini.

"Ada penduduk yang bimbang dengan isu keselamatan harta benda mereka selepas diarahkan berpindah akibat kejadian itu, dan sejak hari kejadian kami menempatkan seorang pegawai bersama 10 anggota setiap hari untuk mengawal keadaan, dan mengawasi pergerakan keluar serta masuk penghuni untuk mengambil barangan bernilai mereka," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata berkata pihaknya dimaklumkan oleh jabatan berkaitan bahawa tiada lagi pergerakan tanah dikesan di kawasan berkenaan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zafrul Fazry Mohd Fauzi yang turut ditemui di tempat kejadian berkata berkata masih terlalu awal untuk pihaknya mengesahkan punca kejadian tanah runtuh itu.

"Masa tiga hari diberikan kepada jabatan dan agensi untuk mencari punca kejadian... masih terlalu awal untuk simpulkan penyebab utama kejadian ini," katanya. 

Semalam media melaporkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika membuat tinjauan di lokasi berkata pembinaan struktur tambahan yang melanggar undang-undang dan garis panduan dikenal pasti antara punca menyebabkan insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights. 

Takiyuddin berkata laporan lengkap mengenai insiden itu yang sedang disiapkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dijangka siap hari ini, dan akan dijadikan panduan kepada agensi serta jabatan lain untuk membuat tindakan susulan.

Dalam insiden tanah runtuh itu, tiga rumah banglo dan 12 rumah bandar membabitkan 27 keluarga terjejas, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia