web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Redah Laluan Tikus, Lagi 9 PATI Ditahan Cuba Bolos Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Sep 2021 5:09PM

Seramai sembilan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba memasuki Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu, ditahan pihak tentera hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak ternyata lubuk rezeki pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Indonesia sehingga mereka sanggup menyelinap masuk menggunakan lorong tikus walaupun menyedari perkara itu menyalahi undang-undang.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, sembilan lagi PATI ditahan dalam Op Benteng COVID-19 hari ini ketika cuba meloloskan diri ke negeri itu.

Menurut beliau, mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita dikesan cuba memasuki Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu.

“Mereka dikesan sekitar 300 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia jam 10.40 pagi tadi.

“Tindakan pantas sepasukan anggota yang mengawal sempadan dan melaksanakan serang hendap berjaya menggagalkan cubaan itu,” katanya hari ini.

Getaran diberitahu, kesemua mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka memberitahu ingin memasuki Sarawak untuk mencari rezeki kerana sukar mendapatkan pekerjaan di negara asal.

“Kesemua PATI itu diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya,” jelas jurucakap itu lagi.

Tentera Darat khususnya di Sarawak jelas beliau, amat komited dalam menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng bagi mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia