web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembeli Rumah Projek Terbengkalai Kecewa, Menteri Besar Hanya Pandang Sepi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 7:26PM

Projek perumahan Fasa 3 di Taman Sri Purnama di Kampung Gong Chempedak, Rhu Rendang, Marang masih terbengkalai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seramai 120  pembeli projek perumahan Fasa 3 di Taman Sri Purnama di Kampung Gong Chempedak, Rhu Rendang, Marang yang terbengkalai sejak 2018 terus dirundung kekecewaan, apabila pemaju gagal menunaikan janji untuk meneruskan semula pembinaan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Wakil kumpulan pembeli itu, Abdul Halim Mohamed, 32 berkata, lebih menyedihkan ialah kerajaan negeri turut berdiam diri, dan hanya membiarkan kumpulan terbabit terus teraniaya.

Menurut beliau, usaha  meminta campur tangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu juga hanya dipandang sepi.

“Kita sudah dua kali menghantar memorandum dan terkini pada Isnin lepas, namun sedihnya tidak ada sebarang maklum balas daripada Menteri Besar.

“Kita amat kecewa kerana beliau ADUN kawasan ini, tapi langsung tidak prihatin malah beliau sendiri tidak pernah turun melawat tapak projek rumah terbengkalai itu,” katanya kepada Getaran di sini.

Tambahnya, nasib pembeli tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana bukan saja projek perumahan terbengkalai, mereka bahkan turut dibebani dengan bayaran bulanan pinjaman perumahan oleh pihak bank.

Abdul Halim berkata, satu-satunya harapan yang tinggal ketika ini ialah campur tangan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Memorandum kepada KPKT sudah kita hantar, dan semoga selepas ini ada tindakan dan nasib kami dibela.

“Jika tidak kami tidak apa lagi harus dibuat. Kalau nak saman pun akan melibatkan kos yang besar dan kami pembeli tidak ada duit untuk menanggung kos tersebut,” katanya.

April lepas, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemaju bersetuju untuk menyambung semula projek terbengkalai itu selepas Hari Raya Aidilfitri, susulan perbincangan bersama kerajaan negeri.

Beliau berkata, pemaju memberi alasan masalah kewangan sebagai punca projek tersebut terbengkalai.

Getaran difahamkan, projek berkenaan dibangunkan pemaju swasta di atas tanah milik kerajaan negeri. - Getaran, 21 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia