web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Perempuan Cedera Digigit Kera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 7:48AM

Kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan ini cedera di bahagian belakang akibat digigit seekor kera jantan di Taman Dusun Nyior, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan cedera selepas digigit seekor kera di halaman rumahnya di Taman Dusun Nyior, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata kejadian berlaku pukul 8.40 pagi ketika kanak-kanak itu berada di halaman rumah apabila dia diserang seekor kera jantan dewasa seberat kira-kira lapan kilogram.

“Kami menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa ‘anak buahnya’ diserang seekor kera. Susulan kejadian, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan kini berada di Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata bertindak atas aduan, anggota Perhilitan telah menembak mati kera berkenaan yang ketika itu dilihat masih berada di atas pokok seberang jalan di hadapan rumah kanak-kanak berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia