web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAIS Persembah Senarai Individu Enggan Divaksin Kepada Sultan Selangor, Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 4:51PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijangka mempersembahkan senarai individu yang enggan menerima vaksin di bawah kelolaan pihaknya kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia susulan terdapat kalangan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah JAIS yang masih enggan menerima vaksin walaupun program khas vaksinasi diwujudkan untuk mereka.

“Saya telah dititahkan oleh Tuanku semalam untuk melaporkan segala fakta tentang program hari ini khususnya mengenai sesiapa yang tidak dan enggan hadir, untuk baginda meneliti dan membincangkan apa tindakan lanjut yang harus diambil,” katanya pada sidang media dalam program vaksinasi khas JAIS hari ini yang dihadiri Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Mohd Shahzihan berkata daripada 146 individu yang hadir setakat 11 pagi tadi, hanya 20 peratus daripada jumlah itu bersetuju untuk mendapatkan suntikan dos pertama.

Menurut beliau jumlah sebenar mereka yang diarahkan hadir dalam program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu adalah seramai 872 individu daripada kalangan guru KAFA, pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan penolong pendaftar nikah.

Sementara itu, Dr Sha’ari berkata jika individu yang enggan menerima vaksin hari ini terbuka hati untuk mendapatkan suntikan kelak, mereka boleh hadir ke 53 klinik kesihatan dan 10 hospital yang tersenarai di Selangor untuk mendapat suntikan secara jumpa terus (walk-in).

Katanya pihaknya bersetuju untuk mengadakan program vaksinasi khas seperti yang dijalankan hari ini jika kelompok tersebut bersedia menerima suntikan dalam jumlah yang ramai.

Pada 3 September lepas JAIS memaklumkan pihaknya bersama JKNS akan melaksanakan program vaksinasi khas bagi guru KAFA, pegawai masjid dan penolong pendaftar nikah yang enggan menerima vaksin COVID-19.

JAIS memaklumkan perkara tersebut susulan titah Sultan Sharafuddin mengingatkan guru KAFA di negeri ini yang masih berdegil dan enggan mengambil vaksin COVID-19 bahawa mereka berkemungkinan tidak dibenarkan meneruskan tugas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shahzihan menasihati usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, untuk pulang ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan yang sedang dihadapinya.

Mohd Shahzihan berkata jika Muhammad Sajjad takut untuk pulang ke Malaysia susulan dakwaan menerima ugutan bunuh daripada mana-mana pihak, dia boleh membuat laporan polis agar siasatan berhubung perkara berkenaan dapat dijalankan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia