web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:16PM

gambar Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji syarikat pengeluar tayar global Goodyear atas sumbangannya kepada ekonomi Selangor dan Malaysia, serta sektor automotif sejak 52 tahun lalu.

Baginda bertitah demikian berikutan pengumuman penutupan kilang Goodyear di Shah Alam mulai Jun tahun ini, selepas beroperasi selama lima dekad.

Dalam hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini baginda bertitah, sebagai salah sebuah syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia, Goodyear Malaysia telah mencapai prestasi cemerlang dari segi jualan mahupun teknologi.

Sultan Sharafuddin bertitah, syarikat itu menjadi kilang tayar Goodyear pertama yang diperakui untuk piawaian ISO 9002 pada 1992, sebelum memperoleh pensijilan QS9000 dan ISO14001 pada 20022, diikuti dengan pensijilan ISO/TS 16949 pada 2003.

Titah baginda, Goodyear adalah jenama tayar yang dipasang pada kereta keluaran tempatan pertama Malaysia, Proton Saga pada 1985, selain mendapat penghormatan menjadi tayar terpilih untuk Ford Model T pada 1908, kereta mampu milik keluaran besar-besaran pertama di dunia.

Menurut hantaran itu, Sultan Selangor semasa ekspedisi jalan raya pada 1997 dan 2007 dalam Peking To Paris Challenge dari Beijing ke Paris dan Rally Road to Mandalay 2015, turut menggunakan tayar Goodyear pada Ford Model B 1932, Chevrolet Fangio Coupe 1940 dan Jaguar XK140 FHC 1956.

"Sepanjang 16,000km dan 8,400km perjalanan merentasi pelbagai bentuk muka bumi termasuk padang pasir, salji dan jalan berbatu, DYMM Tuanku bersama pemandu Datuk Richard Curtis tidak mengalami kejadian tayar pancit dengan Goodyear," menurut hantaran itu, yang turut berkongsi beberapa gambar daripada ekspedisi jalan raya berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang