web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 4:08PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Raja-Raja Melayu.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian menerusi surat yang diutus kepada Abdul Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dan dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Selangor bertitah, ia merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' yang dikeluarkan pada 20 Februari lalu, dipercayai susulan titah ucapan baginda ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari lalu.

"Kenyataan Tan Sri Hadi yang dibuat secara terbuka di media sosial itu menggambarkan bahawa beliau tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan Sultan Selangor tersebut serta tidak memahami intipati titah ucapan baginda khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

"Kenyataan sinis Tan Sri Hadi itu, secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Baginda dengan sikap Raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu," menurut hantaran itu.

Sultan Selangor turut bertitah, kritikan itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat terutama umat Islam dan menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar kenyataan itu dikeluarkan. 

"Jika Tan Sri Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan Sultan Selangor, Tan Sri Hadi akan dapat memahami maksud sebenar baginda di dalam mengiktiraf kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutaan sebagai mahkamah tertinggi di negara ini.

"Malah, jika dilihat ucapan baginda ketika mesyuarat MKI itu, Sultan Selangor telah menitahkan supaya satu penyelesaian dicari bagi memastikan kompetensi Dewan Negeri untuk menggubal Undang-undang Syariah dapat diperkemaskan di bawah Perlembagaan Persekutuan agar tiada lagi timbul isu pertindihan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri," titah baginda.

Menerusi hantaran itu juga, baginda bertitah, ini bukan kali pertama Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan yang dilihat cenderong untuk menyangkal titah Raja-Raja Melayu.

"Tan Sri Hadi juga pernah membuat beberapa kenyataan yang berkecendorongan untuk menyangkal titah Raja-Raja Melayu. 

"Sebagai contohnya di dalam satu kenyataan pada Mac 2023, Tan Sri Hadi telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan titah Sultan Terengganu yang melarang ahli politik menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid serta surau di Terengganu. 

"Kenyataan seumpama itui menggambarkan sikap tidak beradab dan tidak menghormati Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang mana Raja-Raja Melayu menetapkan sesuatu dasar demi perpaduan rakyat terutama umat Islam. 

"Kenyataan Tan Sri (Abdul) Hadi boleh dianggap sebagai menghina kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri serta pemerintah utama negeri dan negara," menurut hantaran itu.

Pada masa sama, Sultan Selangor turut mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan agama Islam sebagai alat untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

Justeru itu, titah baginda, jika ada mana-mana pihak yang ingin menasihati atau menegur Raja-Raja Melayu atas sesuatu isu yang melibatkan agama Islam, ianya perlulah dilakukan secara berhemah mengikut saluran dan prosidur yang betul. 

Titah baginda, ia bagi mengelakkan dari berlakunya kekeliruan dan perpecahan di kalangan rakyat khususnya umat Islam yang sentiasa mengharapkan pemimpin politik untuk seiring dengan Raja-Raja Melayu di dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan agama Islam. - Getaran, 29 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 15 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Sharafuddin Puji Sumbangan Goodyear Kepada Selangor

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Hasrat Tidak Sambung Tugas Pengerusi MKI

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sukan 19 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes