web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bot Karam Dipukul Arus, 2 Dikhuatiri Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 9:24PM

Sepasukan anggota Bomba Tenom menjalankan operasi mencari 2 orang termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Padas, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Sungai Padas, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 4.13 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan.

"Bomba terpaksa menggunakan kereta api untuk ke lokasi kejadian di Kampung Kalandos Pangi yang memakan masa hampir satu jam, memandangkan kawasan tersebut hanya boleh diakses menggunakan pengangkutan jenis itu," katanya kepada Getaran.

Anggota Bomba terpaksa menggunakan kereta api untuk ke lokasi kejadian di Kampung Kalandos Pangi, memandangkan kawasan itu hanya boleh diakses menggunakan pengangkutan jenis berkenaan sahaja.
Anggota Bomba terpaksa menggunakan kereta api untuk ke lokasi kejadian di Kampung Kalandos Pangi, memandangkan kawasan itu hanya boleh diakses menggunakan pengangkutan jenis berkenaan sahaja.

Difahamkan, nahas berlaku ketika empat mangsa sedang menyeberangi Sungai Padas untuk balik ke rumah selepas selesai membeli barang keperluan di Pekan Tenom.

Bagaimanapun, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

"Dua daripada empat individu yang berada di atas bot, iaitu seorang lelaki warga emas  dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi mangsa hanyut dibawa arus," kata jurucakap itu lagi.

Tambahnya, anggota yang dikejarkan ke lokasi sedang mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Getaran, 22 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia