web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Cari Nelayan Hilang Di Jeti Kuala Lukut, Diteruskan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 7:46AM

Sepasukan anggota Bomba melancarkan operasi mencari seorang nelayan yang dikhuatiri lemas ketika keluar menangkap ikan, kira-kira 1 batu nautika dari Jeti Kuala Lukut, semalam. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika keluar menangkap ikan kira-kira satu batu nautika dari Jeti Kuala Lukut di sini, pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.30 petang semalam dan 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan keluar menangkap ikan pada 10.30 pagi dan dipercayai terjatuh ke dalam laut pada 12.30 tengah hari semalam. Seorang nelayan di situ menjumpai sebuah bot yang tiada pemilik berserta peralatan menangkap ikan sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu dari BBP Telok Kemang dan BBP Jempol selain beberapa agensi lain antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata seramai 10 anggota bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan bot penyelamat dengan membuat pencarian di lokasi mangsa memasang jaring dan difahamkan mangsa memakai baju warna biru.

Jelas Mohd Hairul seramai 36 anggota dengan lapan pegawai dari BBP Port Dickson, Teluk Kemang dan Jempol turut menjalankan operasi mencari mangsa dengan dibantu beberapa nelayan di permukaan air.

Katanya pencarian diteruskan dari arah muara Sungai Lukut bersama bantuan anggota BBP dari Teluk Kemang, Port Dickson dan Jempol.

Beliau berkata operasi berkenaan bermula kira-kira 3.40 petang sebelum ditangguh pada 7 malam tadi susulan keadaan laut bergelora dan berlaku ribut namun operasi bersambung semula 6.30 pagi ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia