web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengantin Perlu Jalani Saringan COVID, Sebelum Akad Nikah Di P. Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 11:03AM

Semua bakal pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan COVID-19, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Bakal pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan COVID-19 iaitu sekurang-kurangnya Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (ujian sendiri) sebelum menjalani akad nikah, berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd  Zakuan Zakaria berkata wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai usaha membendung penularan wabak itu.

"Bagi Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19, ia perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung yang hanya dibenarkan (akad nikah) dijalankan di Pejabat Agama Daerah (PAD) sahaja dan pasangan pengantin yang didapati negatif sahaja dibenarkan meneruskan akad nikah.

"Bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis, jika gagal (merentas daerah atau negeri) mereka boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihaknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata majlis akad nikah dijalankan di PAD dengan prosedur operasi standard(SOP) ketat dan hanya 10 pasangan sahaja dibenarkan setiap hari dengan tujuh orang membabitkan pengantin lelaki dan wanita, wali, saksi, ibu atau bapa pengantin lelaki serta jurugambar sahaja pada setiap sesi yang mengambil masa tidak lebih 30 minit.

Mengenai kursus praperkahwinan, Mohd Zakuan berkata kursus secara bersemuka ditangguhkan sebaliknya, proses temu duga dilakukan bagi menggantikan kursus praperkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang dengan pendaftaran bagi proses temu duga boleh dilakukan di laman sesawang emunakahat.penang.gov.com.

"Khidmat nasihat rumah tangga atau kekeluargaan secara bersemuka ditangguhkan dan hanya dijalankan secara dalam talian iaitu melalui emel, talian pejabat atau talian khas pada hari bekerja bermula 8.30 pagi hingga 4 petang," katanya.

Beliau berkata pihak JHEAIPP berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia