web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Proses Mediasi Selesai Jumlah Ganti Rugi Ditetap 17 Januari 2022

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 10:24PM

Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses mediasi bagi menyelesaikan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd  terhadap pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya ditetapkan pada 17 Januari tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

D’Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini, yang memerintahkan syarikat itu membayar ganti rugi RM345,305 kepada Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir.

Mahkamah Sesyen membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan pasangan suami isteri itu terhadap D’Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.

Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili D'Haja berkata proses mediasi akan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.

“Sekiranya tiada penyelesaian dicapai oleh kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 19 Jan 2022 dan pada tarikh itu mahkamah akan menetapkan satu tarikh lain untuk pendengaran rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mediasi ialah proses bagi menyelesaikan suatu pertikaian tanpa melalui perbicaraan di mahkamah.

D’Haja telah memfailkan rayuan pada 3 April 2019 atas alasan Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan pada 27 Mac 2019.

Mahkamah Sesyen itu juga membenarkan tuntutan balas difailkan D'Haja serta memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 selepas mendapati pasangan berkenaan memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.

Menerusi saman yang difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha berkata mereka telah menandatangani kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon dengan D’Haja pada 11 Okt 2016 selama dua tahun iaitu hingga 10 Okt 2018.

Bagaimanapun, mereka mendakwa D’Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan sejumlah 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia