web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gara-Gara Gurau Boleh 'Dine In' Tanpa Vaksin, Peniaga Disiasat Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:28AM

Siasatan polis mendapati peniaga berkenaan masih belum mendaftar diri untuk menerima suntikan vaksin dan memuat naik hantaran di Facebook mendakwa boleh dine in tanpa suntikan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang peniaga disiasat polis selepas membuat hantaran dan memuat naik sekeping gambar di Facebook miliknya mendakwa makan di sebuah restoran biarpun belum lagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata lelaki berusia 43 tahun itu membuat hantaran “tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine in juga...Gumonim..Semua" pada 11 September lepas, sebelum seorang pemilik Twitter membuat ciapan tangkap layar hantaran Facebook milik lelaki terbabit, semalam.

Beliau berkata siasatan terhadap lelaki itu dilakukan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan.

"Bertindak atas maklumat itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh bagi membolehkan satu siasatan dilakukan ke atas kejadian. Polis telah mengesan pemilik akaun Facebook terbabit dan dia telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh semalam, bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan lelaki itu mendakwa gambar yang dimuat naik merupakan gambar individu yang tidak dikenali yang diambil di dalam group WhatsApp, lelaki itu juga mendakwa tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah untuk bergurau dan tidak ada niat yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Shafien berkata siasatan mendapati lelaki berkenaan masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin atas alasan mahu melihat terlebih dahulu jika ada sebarang tindak balas yang tidak diingini oleh penerima vaksin yang lain.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 269/506(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia