web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bersabarlah, Utamakan Keselamatan Dan Kesihatan - Sulaiman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:09AM

MyBHA Melaka berharap kata sepakat dapat dicapai apatah lagi pemain industri pelancongan sudah membuat persiapan sebaik pengumuman Melaka sebagai destinasi terbaru gelembung pelancongan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Pemain industri pelancongan Melaka diminta untuk bersabar menunggu kerajaan negeri membuka gerbang pelancongan domestik negeri itu.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, aspek keselamatan dan kesihatan perlu diutamakan bagi memastikan sektor pelancongan Melaka kembali bergerak aktif dan berkekalan.

Menurut beliau, keputusan tidak membuka sempadan negeri bermula 1 Oktober dibuat, demi meningkatkan keyakinan rakyat dan pelancong terhadap tahap keselamatan di Melaka.

"Semoga semua pihak terus bersabar untuk sedikit masa lagi kerana demi masa hadapan yang lebih baik, ia sememangnya memerlukan pengorbanan besar.

"Pengorbanan ini amat dihargai, malah kerajaan negeri sedar ramai pihak teruja apabila sektor pelancongan kembali pulih, kerana ia bermakna mereka kembali mampu menjana pendapatan," katanya.

Kerajaan negeri pada Khamis memaklumkan, sempadan negeri untuk pelancong tempatan tidak akan dibuka seperti yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Selasa lalu.

Sulaiman berkata, aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan di Melaka apabila kadar vaksinasi mencapai 90 peratus, seperti ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Melaka, Sazali Sabri berkata, pengumuman yang dibuat kerajaan negeri agak mengelirukan, khususnya buat pemain industri pelancongan.

Menurutnya, golongan terbabit sudah mula melakukan persiapan sebaik sahaja Melaka disenaraikan sebagai destinasi terbaru gelembung pelancongan.

"Majoriti hotel bajet yang ditutup sebelum ini sudah merancang untuk kembali beroperasi, malah ada yang memanggil semula pekerja dan mengambil petugas baharu sebagai persiapan.

"Ada juga yang sudah menerima tempahan termasuk pembayaran deposit, namun terpaksa bertindak membatalkan tempahan dan memulangkan wang pendahuluan susulan keputusan kerajaan negeri," keluhnya.

Sazali berkata, beliau amat amat berharap agar kata sepakat dicapai terlebih dahulu antara kerajaan persekutuan dan negeri sebelum pengumuman seumpama itu dibuat.

"Ia agak mengelirukan, sepatutnya mereka perlu ada koordinasi sebelum membuat pengumuman dan diharap selepas ini, akan ada satu ketetapan yang betul agar pemain industri dapat melakukan perancangan serta persiapan tanpa kelam-kabut," katanya.  - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia