web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Pulang Ke Rumah, Lelaki Ditemui Lemas Di Tasik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 11:10AM

Mayat P Kumarasan ditemui di dalam sebuah tasik di Taman Meranti Jaya, Cyberjaya, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas orang awam menjumpai motosikal, telefon pintar dan topi keledarnya di tepi sebuah tasik di Taman Meranti Jaya, Cyberjaya, malam tadi.

Mayat mangsa, P Kumarasan, 39, ditemui pada kedalaman kira-kira lima meter oleh pasukan skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.30 pagi tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 8.41 malam selepas polis diberitahu mengenai penemuan motosikal mangsa di tebing tasik terbabit.

“Berdasarkan laporan, pengadu beranggapan kemungkinan terdapat orang lemas di tasik terbabit.

"Siasatan polis mendapati, motosikal terbabit adalah milik seorang lelaki tempatan dan waris mengesahkan mangsa belum pulang ke rumah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, usaha mencari mangsa dilakukan pihak bomba di kawasan tasik tersebut

“Pada jam 9.30 pagi tadi, mangsa ditemui sekitar tiga meter dari tebing tasik pada kedalaman lima meter,” katanya.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis. - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia