web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Nahas 4 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 12:40PM

Keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di di Kilometer 418, Lebuhraya Utara Selatan arah ke Selatan, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 418, Lebuhraya Utara Selatan arah ke Selatan, malam tadi.

Polis yang menerima laporan kemalangan pada jam 10.30 malam tadi mendapati, nahas itu membabitkan sebuah motosikal Yamaha Y15, lori Hino serta dua kereta dari jenis Perodua Alza dan Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, ia berpunca apabila motosikal ditunggang seorang lelaki dipercayai terbabas, menyebabkan mangsa terjatuh di lorong tengah.

"Motosikal mangsa yang berada di lorong kiri kemudian dilanggar sebuah lori yang tidak sempat mengelak, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

"Tidak lama kemudian, datang dua kereta yang juga tidak sempat mengelak, menyebabkan sekali lagi mangsa dilanggar," katanya hari ini.

Keadaan kereta yang remuk dalam kemalangan hingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di di Kilometer 418, Lebuhraya Utara Selatan arah ke Selatan, malam tadi.
Keadaan kereta yang remuk dalam kemalangan hingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di di Kilometer 418, Lebuhraya Utara Selatan arah ke Selatan, malam tadi.

Menurut Arsad, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat serta pengecaman identiti.

"Kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Getaran, 25 September 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia