web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Treler Bawa Lebih 100 Tong Gas Terbalik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 4:21PM

Sebuah treler yang membawa lebih 100 tong gas terbalik di lampu isyarat Jalan Beluni, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki menempuh detik cemas selepas treler dipandunya yang membawa muatan lebih 100 tong gas hilang kawalan sebelum terbalik di lampu isyarat Jalan Belunu, di sini, hari ini.

Kejadian pada jam 9.50 pagi itu, menyebabkan pengguna jalan raya yang lain turut panik kerana bimbang tong gas berkenaan akan meletup.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal apabila mengetahui semua tong berkenaan sebenarnya kosong.

Menurut saksi kejadian, treler yang dalam perjalanan dari Kampung Jawa Kongsi 10 ke depoh gas Jalan Tanjung Batu Laut itu bergerak laju sebelum terbabas ke tepi jalan, menyebabkan ia merempuh longkang dan papan iklan di lokasi.

Bagaimanapun, pemandu treler berkenaan terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Pemandu treler mendakwa brek gagal berfungsi ketika hendak berhenti di lampu isyarat.

"Kejadian itu menyebabkan treler berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas," katanya.

Tambah Peter, kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu treler berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59," katanya. - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia