web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadkan Lesen Warga Emas Belum Jadi Pendirian Rasmi - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 5:11PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas belum menjadi sebahagian daripada pendirian rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaliknya, saranan diberikan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berhubung isu terbabit adalah bersifat peribadi, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut beliau, perkara itu juga masih belum dibincangkan dalam PDRM.

"Saranan tersebut adalah cadangan peribadi beliau di peringkat dalaman JSPT sahaja, dan belum dibincangkan secara mendalam.

"JSPT sebagai jabatan di PDRM yang terbabit dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat," katanya hari ini.

Acryl Sani berkata, sebarang pengenalan kaedah keselamatan baharu hanya akan dilaksana setelah menjalani proses, serta diputuskan pelaksanaannya oleh semua pihak yang berkepentingan.

Terdahulu, Azisman dalam sidang media khas di Bukit Aman dilaporkan sebagai berkata, PDRM mencadangkan supaya pengeluaran lesen memandu kepada warga emas dihadkan, selepas golongan berkenaan dikesan banyak menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Katanya, cadangan memperkenalkan syarat khas itu adalah bertujuan menjaga keselamatan golongan berkenaan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Kesihatan tubuh badan juga menjadi antara faktor kemalangan, kerana penyakit seperti Alzheimer dan masalah penglihatan akan dihadapi warga emas apabila mencapai usia lanjut.

"Kita lihat kes-kes memandu melawan arus sudah menjadi seperti satu trend pula, ada juga kes melibatkan orang tua berusia 60 dan 70 tahun ke atas. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya," katanya.

Beliau berkata, syarat untuk warga emas menjalani pemeriksaan doktor dan mendapat surat pengesahan bahawa mereka sihat untuk memandu adalah bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna lain. - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia