web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebenaran Rentas Negeri Diputuskan 3 Minggu Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:32PM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas negara mencapai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berikutan itu, beberapa langkah untuk menyegerakan vaksinasi populasi dewasa akan diambil dalam masa terdekat.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan orang ramai menerima vaksin lengkap sekali gus mencapai sasaran 90 peratus dalam tempoh itu.

Katanya antara tindakan segera yang akan dilaksana oleh ATM ialah mengatur gerak lebih banyak Pasukan Vaksinasi Perubatan Medan (CMVT) di kawasan pedalaman selain memperluas program vaksinasi pandu lalu yang dilaksana oleh Kementerian Pertahanan kepada orang awam.

"Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat. Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu, kita harap dapat dijayakan dalam tempoh tiga minggu ini.  

"Jadi sebelum ia diumumkan, banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

"SOP rentas negeri kita akan umumkan sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat dan ia akan diperinci dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu depan," katanya selepas meninjau pusat pemberian vaksin pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja Kem Ulu Tiram di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri dilapor telah membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan berkata setakat 22 Sept, sebanyak 81 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.    

Hishammuddin juga berkata disiplin orang ramai akan menjadi elemen paling penting apabila rentas negeri dibenarkan kerana adalah mustahil untuk kerajaan memantau dan melaksanakan SOP menjaga setiap rakyat yang diberi kebenaran merentas negeri.

"Sebab itu, disiplin orang ramai amat penting apabila menikmati kelonggaran yang bakal diumumkan. Kita harap mereka patuh kepada SOP yang ditentukan nanti," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia