web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10,000 Kg Kulit Kayu Tangar Curi Ditemui, Suspek Gagal Dikesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:55PM

PGA Sabah merampas 10,000 kg kulit kayu tangar yang bernilai RM350,000, dipercayai dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 10,000 kilogram kulit kayu tangar yang dipercayai dicuri dari Hutan Simpan Kuala Sungai Paitan, ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, semalam.

Kulit kayu tangar yang dianggarkan bernilai RM350,000 itu dijumpai susulan Operasi Op Khazanah Bersepadu yang dijalankan PGA bersama Jabatan Perhutanan dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran sekitar jam 2 petang.

Kulit kayu tangar yang dirampas dalam Operasi Op Khazanah Bersepadu.
Kulit kayu tangar yang dirampas dalam Operasi Op Khazanah Bersepadu.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias berkata, pasukan operasi ketika melakukan telah menemui sebuah kapal tidak berdaftar yang dipercayai berlabuh dari Filipina.

Menurut beliau, kulit kayu tangar tersebut ditemui ditinggalkan di dalam kapal berkenaan.

"Pemeriksaan dijalankan di kawasan sekitar tidak menemui suspek atau sebarang kesalahan lain di lokasi.

"Rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Rani memberitahu, keseluruhan rampasan bernilai RM450, 000 termasuk kapal.

Kes ini, tambahnya, disiasat mengikut Seksyen 23 Enakmen Perhutanan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969. - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia