web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Setuju Libatkan Johor Dalam J/Kuasa Khas Bincang Buka Sempadan Malaysia-Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 7:53AM

Hasni Mohammad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melibatkan Johor dalam jawatankuasa khas yang membincangkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura.

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata pendirian itu dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri selepas mendengar sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung kira-kira sejam setengah.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju agar Johor terlibat secara langsung kerana kita bukan hanya melihat kepada isu pembukaan sempadan.

“Itu perkara yang akan kita lakukan dan juga perkara yang sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan Perdana Menteri dengan Badan Perhubungan UMNO Johor semalam.

Beliau berkata selain itu, isu yang memerlukan penglibatan Johor dan sedang berjalan termasuk usaha mengenal pasti warga negeri tersebut yang masih bekerja di Singapura serta telah mendapat vaksin dan pemandu kenderaan komersial yang terpaksa berpatah balik selepas ujian RTK antigen mereka positif.

Hasni berkata turut dibentang pada taklimat itu ialah prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh Johor bagi pembukaan sempadan.

Antaranya penerimaan sijil digital vaksinasi, bentuk saringan COVID-19 yang diperlukan ketika kemasukan dan ulang-alik sama ada 48 atau 72 jam sebelum perjalanan yang perlu dipersetujui oleh kedua-dua negara.

“Cuma isunya ialah kes yang masih terus meningkat di Singapura menyebabkan kita perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak Singapura bagi membincangkan SOP yang kita kemukakan,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri itu, menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.

Selepas itu, beliau menghadiri taklimat pembangunan negeri sebelum meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu pemimpin UMNO dan Badan Perhubungan UMNO Johor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jika Benar Usul Diterima RoS, Tunjuk Surat Sebagai Bukti - Ismail Sabri

2

Politik 1 tahun yang lalu

Ismail Sabri Kekal Ketua UMNO Bahagian Bera

3

Politik 1 tahun yang lalu

Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Ismail, Adil Ketika Jadi PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

Proses Memecat, Menggantung Pemimpin UMNO ‘Cacat’ - Ismail Sabri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia