web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika Benar Usul Diterima RoS, Tunjuk Surat Sebagai Bukti - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 4:58PM

Ismail Sabri berkata keperluan menunjukkan bukti terbabit adalah bagi menentukan apakah status sebenar keputusan RoS. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi membuktikan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sememangnya menerima resolusi usul tambahan UMNO supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu kali ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat diterima daripada pihak berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat permintaan itu berkata, keperluan menunjukkan bukti terbabit adalah bagi menentukan apakah status sebenar keputusan RoS berhubung usul tambahan diluluskan parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Januari lalu.

Katanya, ia kerana ketika ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengatakan RoS sudah menerima usul tambahan berhubung perkara itu, manakala terdapat laporan media lain mendakwa ia ditolak.

“Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.

“Satu kata RoS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru,” katanya seperti dilaporkan BH.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan surat diterima pihak UMNO daripada RoS berhubung usul tambahan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO menyatakan bahawa ia ditolak.

Ia selepas RoS meneliti dokumen disediakan UMNO, malah usul itu didakwa bertentangan dengan Perlembagaan parti terbabit.

Sebaliknya, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO sudah menerima surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai keputusan RoS itu.

Menurutnya, surat dari Menteri Dalam Negeri itu adalah mengenai pemberitahuan keputusan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), berhubung keputusan usul tambahan yang diluluskan dalam PAU 2022, berkaitan jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, surat itu memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri sudah memutuskan memberikan pengecualian kepada Seksyen 13(1)(c)(14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 Akta 832 berhubung usul tambahan.

Justeru, surat daripada KDN itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO disahkan tidak dipertandingkan.

Ujarnya, ia kerana semua klausa dalam Perlembagaan parti juga turut diikuti pengerusi tetap.

Malah, Ahmad Zahid berkata, surat itu memberi pengesahan bahawa apabila RoS melakukan siasatan, maka keputusan KDN mengikut Seksyen Perkara 70 Akta Pertubuhan 1966, adalah berkuat kuasa sepenuhnya dan memberikan keabsahan dua jawatan tertinggi terbabit tidak dipertandingkan.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022, berkaitan dua jawatan tertinggi parti berkenaan tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.

Aduan itu dikemukakan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, dengan harapan ROS dapat menentukan sekiranya wujud pertikaian terhadap usul tambahan dibawa pada PAU 2022 berkenaan. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Stabilkan Pesakit Dalam Penerbangan, Dr Annuar Terima Surat Penghargaan MAG

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih AS$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan - AGC

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Zuraida Fail Tindakan Undang-Undang Mohon RoS Iktirafnya Sebagai Presiden PBM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jawapan Saya Selaras Fakta, Ia Sudah Dijelaskan Di Dewan Rakyat - Azalina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi