web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peralihan Fasa PPN, SWCorp Pahang Ubah Jadual Kerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2021 2:51PM

Sharudin (dua dari kiri) mengedarkan risalah mengenai aktiviti pembersihan dilakukan SWCorp kepada peniaga di Pantai Kempadang, dekat sini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang melakukan perubahan jadual kerja membabitkan kakitangan mereka susulan peralihan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri ini, bermula Jumaat.

Pengarah SWCorp negeri, Sharudin Hamid berkata, perubahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi kutipan sisa pepejal dan kerja pembersihan yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya menambah jumlah kakitangan bagi kerja pembersihan dan pemantauan di kawasan tumpuan orang ramai pada sebelah petang, terutamanya di kawasan pantai.

“Sejak kerajaan mengumumkan kelonggaran untuk orang ramai melakukan aktiviti riadah di pantai, memang kita dapati jumlah pengunjung meningkat secara mendadak dan kedatangan mereka bersama keluarga ke kawasan pantai secara tidak langsung meningkatkan jumlah kutipan sisa pepejal.

“Jadi, dari situ kita lihat ada keperluan untuk mengubah sedikit jadual kerja kakitangan SWCorp dan Alam Flora dengan memberi tumpuan pada sebelah petang, maknanya sebelah pagi jumlah pekerja tidak terlalu ramai dan kita tambah pekerja di sebelah petang bagi memudahkan tugasan mengumpul dan membersihkan kawasan,” katanya.

Sharudin turut memaklumkan, jumlah kutipan sampah di kawasan peranginan masih dalam keadaan terkawal dan tiada limpahan sisa buangan berlebihan dikesan pihaknya.

“Memang sejak beberapa minggu lalu kita sudah menjangkakan peningkatan jumlah kutipan sampah di kawasan terbabit dan memang ada kenaikan sehingga sekali ganda berbanding sebelum kelonggaran diberikan kerajaan.

“Jadi, kita sudah bersedia dan menggerakkan pekerja ke kawasan pantai dan tumpuan pelancong atau pengunjung, bagi memastikan kawasan itu berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk mereka beriadah atau berkelah,” katanya.

Sharudin (kiri) memberikan taklimat ringkas kepada pekerja Alam Flora yang bertugas di Pantai Kempadang, dekat sini, susulan perubahan jadual kerja berikutan Pahang kini sudah beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Sharudin (kiri) memberikan taklimat ringkas kepada pekerja Alam Flora yang bertugas di Pantai Kempadang, dekat sini, susulan perubahan jadual kerja berikutan Pahang kini sudah beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Sementara itu, Sharudin mendedahkan, kutipan sisa pepejal domestik di Pahang meningkat tujuh peratus bagi lapan bulan pertama tahun ini, susulan pembukaan lokasi peranginan dan kawasan riadah sejak awal bulan lalu.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, penghasilan janaan sisa pada tahun ini mencecah 190,764 tan berbanding 177,443 tan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan ini antaranya disebabkan pembukaan sektor ekonomi seperti kedai makanan dan restoran yang sudah dibenarkan beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Terdapat 10 lokasi pantai khususnya di daerah Kuantan diselenggara SWCorp antaranya Pantai Chendor, Cherating, Pelindung, Gelora, Balok, Batu Hitam, Teluk Cempedak, Sepat, Tanjung Lumpur dan Kempadang.

“Kita juga mempunyai unit khas yang melakukan rondaan di kawasan tumpuan pengunjung ini bagi memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai pentingnya menjaga kebersihan di kawasan terbabit,” katanya.

Sharudin turut menasihatkan orang ramai yang mengunjungi kawasan tumpuan bagi aktiviti riadah dan berkelah untuk lebih peka dengan menggunakan kemudahan tong sampah disediakan pihaknya.

“Kita lebih suka menggunakan pendekatan psikologi dan mengharapkan kesedaran tinggi dalam kalangan pengunjung.

“Kalau tong sampah sudah penuh, simpan atau kumpul sampah itu dan buang di tempat lain, bukannya membiarkan (sampah) melimpah di sekitar tong sampah berkenaan,” katanya. - Getaran, 26 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia